Gelanggang belum dibuka, namun PKR dan Muda sudah mahu ‘bertarung’ sesama sendiri.
Pertembungan kononnya ‘sahabat’ dalam Pakatan Harapan (PH) itu jelas menggambarkan betapa tiadanya semangat permuafakatan dan setia kawan dalam PH.
Presiden Muda, Syed Saddiq Abdul Rahman hari ini jelas ‘melanggar’ kerusi yang turut ditandingi PKR apabila mengumumkan parti itu meletakkan Ketua Penerangan Muda Johor, Rasid Abu Bakar bertanding di kerusi DUN Larkin.
Sebelum ini, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bendahari Cabang PKR Pasir Gudang, Dr. Zamil Najwah Arbain sebagai calon parti itu di DUN Larkin.
Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar bagaimanapun mengatakan kedua-dua parti itu gagal mencapai kata sepakat bagi mengelakkan pertindihan kerusi.
Apa yang jelas disini jika agihan kerusi pun gagal disepakati, mampukah PKR-Muda saling bermuafakat dalam isu-isu lain yang lebih besar?
Mungkin mereka tidur sebantal, tapi mimpi lain-lain.
Semoga rakyat, khususnya pengundi dapat menilai sejauh mana kedua-dua parti tersebut boleh diharapkan.
Discussion about this post