Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima persembahan senarai anggota kabinet baharu daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis.
Perkara tersebut dimaklumkan menerusi kemaskini di Facebook Istana Negara sebentar tadi.
Ismail Sabri tiba di Istana Abdulaziz kira-kira jam 10.53 pagi.
Beliau selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz, pada jam 1.38 petang.
Sesi menghadap Seri Paduka itu berlangsung kira-kira 3 jam. Turut hadir adalah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Berita lanjut menyusul….
Discussion about this post