Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman meninggal dunia di Hospital Raub kira-kira jam 6.40 petang tadi.
Menurut laporan awal, Hasbullah, 63, yang juga Ketua UMNO Bahagian Gerik dikejarkan ke sebuah klinik sebelum dibawa ke Hospital Raub oleh pemandunya.
Pengesahan Perkara berkenaan dimaklumkan Setiausaha UMNO Bahagian Gerik sebentar tadi melalui whatapps kepada BN Online.
Jenazah kini masih berada di Hospital Raub Pahang dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kemudian.
Allahyarham baharu saja dilantik menganggotai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menggantikan Datuk Seri Ahmad Maslan.
Beliau juga dilantik Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) berkuat kuasa 12 Mei 2020 sehingga 11 Mei 2022.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, Hasbullah yang bertanding atas tiket Barisan Nasional menang dengan memperoleh 13,243 undi.
Discussion about this post