Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan melontarkan cadangan agar negara ini dibaiki dengan beberapa pendekatan.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata antara cadangan tersebut ialah memastikan pekerjaan bergaji tinggi cukup untuk anak muda berpendidikan serta berkemahiran tinggi.
“Seterusnya bantu terus rakyat daripada kumpulan B40, M40 samaada di kota mahu pun di desa,” katanya.
#BaikiNegara ini dengan:
➡️Pastikan pekerjaan bergaji tinggi cukup utk anak muda berpendidikan & berkemahiran…
Posted by The Ahmad Maslan on Friday, May 14, 2021
Kata beliau lagi moratorium dan juga bantuan lanjut untuk PKS mahu pun IKS perlu dilaksanakan sebaik mungkin.
“Pelaburan baru perlu kerajaan yang stabil dan bukan kejaan darurat,” ujarnya
Discussion about this post