Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan baru-baru ini telah menghadiri sidang di Parlimen Singapura bagi merapatkan hubungan dua negara.
“Di Parlimen Singapura bersama Speaker Tan Sri Azhar Harun, Datuk Seri Rohani Karim, YB Sivakumar dan Duta Besar ke Malaysia. Datuk Dr Azfar Mohamad,” kata Ahmad Maslan menerusi ciapan di Twitter.
Sidang itu juga dihadiri sama oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.
Lawatan Kerja Speaker Azhar Harun bersama tiga lagi Menteri Parlimen dan Ahmad Maslan ke Singapura juga mengadakan perbincangan untuk mendapatkan situasi win-win sesama negara.
“Antara program dalam sidang ialah perbincangan dengan beberapa Menteri, Ahli Parlimen, wakil persatuan rakyat Malaysia-Singapura serta pegawai-pegawai kedutaan,” katanya lagi.
Singapura merupakan destinasi eksport yang kedua selepas China dan juga merupakan sumber import ke dua dalam negara Malaysia.
Discussion about this post