JOHOR BAHRU – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memberikan 10 cadangan dalam usaha menangani COVID-19 termasuk menyarankan supaya ‘total lockdown’ atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dikuatkuasakan dalam jangka dua hingga tiga minggu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata demikian dalam sidang secara online bersama-sama Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad hari ini.
Ahmad menegaskan, biar susah dahulu, senang kemudian dan jika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen dibuka adalah lebih baik.
“Jika bukan untuk semua isu, tentang COVID sahaja pun boleh walau ketika darurat,” katanya menerusi akaun Twitter.
Selain ‘total lockdown’, beliau juga mencadangkan supaya beri bantuan tunai kepada yang golongan yang terjejas.
Berikut adalah 10 cadangan yang diutarakan.
1. ‘Total lockdown’, PKP penuh 2-3 minggu untuk Johor
2. Beri bantuan tunai kepada yang terjejas ketika lockdown itu terutama B40
3. Johor beli vaksin sendiri
4. Bina Pusat RnD vaksin di UTM untuk proaktif hadapi penyakit-penyakit
5. Pendaftaran vaksin automatik dengan data JPN
6. Moratorium pinjaman, sewa dan lain-lain untuk B40, M40
7. Mass testing diteruskan, asing segera
8. PdPR beri gajet untuk anak-anak B40
9. Senarai kes setiap hari di kampung-kampung, taman-taman sebar supaya rakyat tahu
10. Buka sidang Parlimen dan sidang DUN
Discussion about this post