Pengerusi Barisan Nasional, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membangkitkan mengenai isu darurat ketika sesi bersama presiden-presiden parti politik yang dilakukan secara maya semalam.
Soalnya,kenapa terdapat negara yg telah bebas daripada wabak Covid-19 dan banyak lagi yang kadar pandemik berkurangan sedangkan negara kita terpaksa proklamasi darurat dan rakyat semakin sengsara dengan kepayahan hidup.
Beliau turut mengepilkan gambar ketika sesi Taklimat Darurat Mesyuarat Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN) itu yang turut dihadiri oleh Presiden Parti serta Ketua Setiausaha Negara serta Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Norhizan Ismail.
Petang tadi dalam Taklimat Darurat kepada presiden-presiden parti politik, saya sempat membangkitkan, kenapa terdapat…
Posted by Zahid Hamidi on Sunday, January 24, 2021
Terdahulu, Muhyiddin dalam hantaran di Facebook memaklumkan mesyuarat Majlis Presiden Kerajaan PN berlangsung petang tadi dihadiri 12 wakil presiden parti termasuk timbalan presiden.
Parti berkenaan adalah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), UMNO, PAS, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), MCA, MIC, Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP).
Parti Demokratik Progresif (PDP), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).
Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat yang berlangsung kira-kira dua jam yang diadakan secara maya dan berkata ahli Majlis Presiden PN berpuas hati dengan penjelasan berhubung ordinan dan pengurusan darurat serta pengurusan pandemik COVID-19 yang sedang dilaksanakan,
Taklimat mengenai proklamasi darurat disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Norhizan Ismail.
Discussion about this post