Pengerusi Barisan Nasional, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan kebimbangannya mengenai perkembangan sektor pelancongan negara selepas Kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 kini.
Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata larangan rentas daerah dan negeri memberi impak yang sangat besar kepada sektor pelancongan.
Ini kerana, pelancongan berkaitan dengan aktiviti pengembaraan dan lawatan oleh orang ramai dan bagaimana orang ramai mahu mengembara dan melawat apabila dilarang merentas kawasan soalnya di dalam satu hantaran di laman facebooknya hari ini.
“ Saya bimbang kebanyakan pengusaha dan pekerja sektor pelancongan tidak mampu bertahan bagi tempoh minimum 12 bulan akan datang”
“Jangan lupa industri pelancongan antara penyumbang terbesar kepada pendapatan negara kasar yang bermaksud ramai rakyat bernaung dibawahnya” katanya lagi.
Tambah Ahmad Zahid lagi, beberapa hari lalu kita dimaklumkan kelonggaran merentas sempadan daerah dan negeri hanya akan dipertimbangkan selepas 80% rakyat diberi vaksin.
“ Sedangkan kita pernah diberitahu Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang akan memastikan ‘at least’ 80% penduduk Malaysia menerima vaksin dijangka hanya selesai menjelang Februari 2022” soalanya lagi.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang Juga Presiden UMNO juga berharap tidak ada pihak yang tersalah faham mengenai isu yang beliau bangkitkan, iaitu kewajaan larangan rentas daerah ataupun negari, tetapi kerisauan beliau ialah tentang nasib mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam sektor ini Katanga lagi.
Tambahnya kerugian yang berlaku bukan Hanya melibatkan pengusaha industri ini tetapi juga industri hiliran yang tuut bersangkut di dalam sektor perlancongan ini
“ Bukan sekadar tentang kerugian dihadapi oleh pengusaha hotel, tetapi juga nasib pekerja-pekerja mereka. “
“ Peniaga makanan, kraftangan, pakaian dan banyak lagi yang majoritinya diusahakan oleh pengusaha-pengusaha kecil”
“ Sudah agak lama mereka menanggung azab ini dan masih menanggungnya sehingga hari ini “ katanya lagi.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid juga menyeru kerajaan untuk menambak baik segala bentuk bantuan agar industri ini dopat terus hidup di dalam waktu sukar begini.
“ Justeru, pada pandangan saya bantuan yang diberikan kepada pengusaha dalam sektor pelancongan perlu ditambah baik untuk membantu mereka terus ‘survive’ pada waktu sukar begini.”
“ Institusi kewangan juga wajar melanjutkan lagi tempoh bantuan pembayaran balik pinjaman untuk jangka masa yang lebih signifikan atau sehingga orang ramai kembali dibenarkan melancong”
Jangan terlalu berkira tentang bantuan ini kerana mereka juga penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara sebelum dan selepas pandemik Covid-19 berakhir’ katanya lagi.
Discussion about this post