Pengerusi Barisan Nasional, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyeru seluruh jentera, ahli dan penyokong UMNO/BN tidak lagi berdiam diri dan berlengah untuk menyampaikan berita yang benar mengenai parti.
Katanya kini kita perlu memanfaatkan media sosial sebagai platform menyalurkan maklumat yang tepat tentang UMNO/BN.
Tambahnya lagi UMNO/Barisan Nasional (BN) sedar antara punca gabungan parti itu tewas PRU14 pada 9 Mei 2018 disebabkan pengaruh media sosial
“Media sosial telah dipergunakan seguna-gunanya oleh lawan sebagai senjata memfitnah dan memburuk-burukkan UMNO/BN”
“Serangan ke atas UMNO/BN secara atas talian telah pun bermula seawal ledakan internet di Malaysia”
Tambahnya lagi bermula dengan emel berantai dan kemudian kewujudan SMS menjadi saluran utama menyerang BN saban hari.
“Tetapi saya yakin rakyat Malaysia hari ini semakin bijak dalam menilai pelbagai dakyah yang disalurkan kepada mereka di media sosial” tulisnya lagi dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.
Tambah Ahmad Zahid lagi rakyat kini sudah boleh tahu dan mula berkira-kira antara fakta dan dusta, pembohongan dan kebenaran.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut mengajak untuk semua seluruh jentera, ahli dan penyokong UMNO/BN Memperkasakan parti keramat ini dengan fakta dan kebenaran, mencantas kebatilan dan tipu daya pada kos paling minima.
Katanya UMNO/BN mungkin tiada peruntukkan khusus sehingga lebih RM40 juta untuk tujuan itu.
Saya yakin dengan keikhlasan dan semangat perjuangan seluruh jentera, ahli dan penyokong UMNO/BN kita mampu.
Ini kali kita ‘all out’ tulisnya lagi di dalam hantaran itu.
Discussion about this post