Pengerusi Barisan Nasional Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa syukur selepas kemelut politik Perak yang berlarutan sejak Jumaat lalu, menemui titik noktah hari ini.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata penyelesaian itu adalah yang terbaik demi ummah dan rakyat.
“Syukur Alhamdulillah hari ini kami bertemu demi mencari jalan penyelesaian terbaik demi ummah dan rakyat keseluruhan.
Syukur Alhamdulillah hari ini kami bertemu demi mencari jalan penyelesaian terbaik demi ummah dan rakyat keseluruhan….
Posted by Zahid Hamidi on Tuesday, December 8, 2020
“Mohon doakan titik penyelesaian dapat dicapai,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya sebentar tadi.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa pula berkata segalanya berakhir dengan baik dimana beliau turut mengepilkan kenyataan media mengenai penyelesaian yang berjaya disepakati bersama di mana kesemua presiden parti bersetuju untuk mencadangkan Datuk Haji Shaarani sebagai Calon Menteri Besar di Negeri Perak di laman Facebooknya.
Segalanya di sempurnakan dgn baik..
Posted by Tan Sri Annuar Musa on Tuesday, December 8, 2020
Persetujuan itu dicapai atas semangat pemuafakatan PN membabitkan Bersatu dan PAS serta BN.
Discussion about this post