Pengerusi Barisan Nasional, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memuji Kerajaan Negeri Melaka di atas kejayaan Negeri itu yang kini memiliki makmal saringan covid-19 sendiri.
Menurutnya kejayaan kerajaan Negeri pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md. Ali itu membuktikan jika berkehendakkan sesuatu ianya akan disempurnakan dengan sedaya upaya dan dikatakan sebagai hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
“Inilah yang dikatakan sebagai hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’.
Tambah Ahmd Zahid lagi Makmal Diagnostik Covid-19 Perbadanan Bioteknologi Melaka (PBM) itu akan menjalankan ujian makmal RT-PCR dan RTK-Ag.
ianya Sekali gus berupaya mempercepatkan usaha mengawal jangkitan wabak tersebut dalam komuniti di Melaka.
“ Makmal itu dikatakan mampu menerima sebanyak 250 sampel RT-PCR dan ujian RTK-antigen setiap hari.”
“ Keputusan ujian RT-PCR boleh diperoleh dalam tempoh 24 jam, manakala ujian RTK-antigen dalam tempoh kurang satu jam”
“ PBM turut menawarkan perkhidmatan kaunter ujian saringan bergerak (drive thru) atau ‘on-site’ “.
Tahniah kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali diatas usaha yang progresif untuk menangani pandemik Covid-19 di negeri Melaka katanya lagi.
Discussion about this post