Selepas dilaporkan menghadiri pertemuan dengan beberapa pemimpin UMNO yang disahkan positif COVID-19 beberapa hari lepas, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan beliau negatif dari virus tersebut.
Alhamdulillah, pagi ini saya menerima perkhabaran menggembirakan apabila keputusan ‘swab test’ yang dijalankan adalah…
Posted by Zahid Hamidi on Wednesday, January 20, 2021
Presiden UMNO itu berkata keputusan itu diperoleh selepas melakukan ujian saringan di sebuah hospital swasta di Shah Alam, semalam.
“Alhamdulillah, pagi ini saya menerima perkhabaran menggembirakan apabila keputusan swab test yang dijalankan adalah negatif.
“Pagi ini tepat jam 7.44 pagi, doktor telah menghubungi isteri saya memaklumkan perkhabaran ini,” katanya menerusi catatan di akaun Facebooknya, pagi ini.
Ahmad Zahid, yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata selepas menjalani pemeriksaan di Hospital Avisena, Shah Alam, beliau melakukan kuarantin daripada isteri, anak-anak dan cucu dengan mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP).
“Saya mendoakan anda semua menjaga kesihatan dan memutuskan rangkaian penularan wabak COVID-19,” katanya lagi.
Discussion about this post