Pengerusi Barisan Nasional yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Istana Kinta Ipoh di sini bagi menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, sebentar tadi.
Memetik laporan Berita Harian, Kenderaan yang dinaiki Ahmad Zahid dilihat memasuki perkarangan istana bersama beberapa kenderaan lain pada jam 9.55 pagi.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad tiba di perkarangan istana pada jam 9.57 pagi.
Dalam pada itu Ahmad Zahid berkata kehadirannya itu adalah untuk menghadap dan mempersembahkan surat memohon untuk perkenan bagi mempertimbangkan calon Menteri Besar Perak.
Beliau yang ditemui pemberita di perkarangan pintu masuk Istana itu berkata pengumuman untuk nama calon untuk Menteri Besar Perak itu akan dibuat oleh tuanku sendiri dan sebarang kenyataan selepas ini akan dikeluarkan oleh pihak istana.
Ditanya mengenai nama calon Menteri Besar yang diserahkan, beliau berkata biarlah Seri Paduka Sultan Perak sendiri mengumumkannya katanya lagi
“ Hak untuk mencalonkan itu adalah hak UMNO dan Barisan Nasional, tetapi hak untuk mengumumkan calon itu adalah hak mutlak Tuanku dan Istana akan memaklumkannya “ katanya lagi.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dilaporkan berada di istana pada jam 11 pagi.
Sabtu lalu, Ahmad Zahid sudah menghadap Sultan Perak, bagi memaklumkan situasi semasa selepas Faizal dijatuhkan melalui usul percaya terhadapnya.
Dan malam tadi, Majlis Kerja Tertinggi UMNO turut bermesyuarat dan berkeputusan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional haruslah dipertahankan di Negeri Perak.
Discussion about this post