Saya dan seluruh kepimpinan Barisan Nasional dan juga UMNO ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam walau dimanapun anda berada ujar Pengerusi Barisan Nasional, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya sesuai dengan kedatangan Syawal pada kali ini. Marilah kita mengambil peluang untuk bermaaf-maafan memperkukuhkan ikatan persaudaraan dan perpaduan sesama kita rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa.
” Marilah kita raikan bulan Syawal ini bersama keluarga dan rakan-rakan kita pelbagai kaum dengan cara norma baharu. Pastinya kita semua merindui zaman sebelum ini, namun hakikatnya kita harus mematuhi SOP dan arahan yang diberikan” katanya yang turut mengepilkan video ucapan dirinya sempena sambuatan Syawal tahun ini.
Beliau turut berpesan agar semua rakyat Malaysia untuk menjaha kesihatan dan mendoakan agar semua kita dapat kembali kepada asal iaitu menjalankan kehidupan seperti sediakala tanpa wabak covid-19 sebelum ini.
” Teruslah menjaga kesihatan supaya kita semua dapat kembali kepada asal”
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin, katanya.
Discussion about this post