Sokongan pengundi muda terhadap Barisan Nasioanal (BN) di Melaka semakin meningkat dan parti itu yakin ia akan diterjemahkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) esok.
Calon BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, golongan muda mula menunjukkan kesedaran dan dapat menilai sumbangan pentadbiran kerajaan BN ketika mentadbir negeri.
“Saya lihat kesedaran terutamanya golongan muda. Saya berjumpa dengan golongan muda yang dulu mengatakan ‘datuk dulu kita tidak mengundi, sekarang ini kita sudah tahu.
“Alhamdulillah, golongan muda telah mula nampak keyakinan terhadap kerajaan pimpinan BN yang mempunyai track record,” katanya kepada media.
Beliau yang juga calon Ketua Menteri jika BN menang PRN Melaka berkata, golongan muda dapat merasai petadbiran BN selama 18 bulan cukup harmoni berbanding tempoh 22 bulan kerajaan negeri Melaka ditadbir pembangkang.
Dalam pada itu, Sulaiman sekali lagi mengingatkan agar rakyat Melaka tidak membuat kesilapan dan memilih kerajaan yang mempunyai pengalaman untuk mentadbir.
“Kali ini kita memilih kerajaan, jangan buat kesilapan lagi. Kita cari kerajaan yang mempunyai pengalaman seperti semua sedia maklum bahawa BN mempunyai pengalaman yang cukup baik, lebih 60 tahun mentadbir.
“Sepanjang tempoh itu kita hidup dalam keadaan aman dan harmoni, kita dalam pelbagai kaum jadi kita kekalkan semangat perpaduan ini,” katanya.
Discussion about this post