Andi Muhammad Suryady Bandy, 39, dipilih rakyat sebagai Yang Berhormat (YB) DUN N. 71 Tanjung Batu apabila menang dengan majoriti 2,123 selepas memperoleh 4, 728 undi.
Calon Barisan Nasional (BN) Umno itu mengalahkan lima calon lain dalam pertembungan enam penjuru pada Pilihanraya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16.
Pencabar terdekatnya, Mohd Afsar Abd Latif (Parti Warisan Sabah) memperoleh 2, 605 undi, Rudy Nurdin (Parti Cinta Sabah) mendapat 130 undi dan Kamshari @Johari Ibrahim (Parti Perpaduan Rakyat Sabah) mendapat 79 undi.
Dua lagi calon lain, Zulkifli Ahmad (USNO) memperoleh 58 undi dan Asmari @ Nas Udoh (Bebas) mendapat 16 undi.
Penyandang kerusi Tanjung Batu ialah Datuk Hamisa Samat (BN-Umno) dengan majoriti 7, 630.
Dalam PRN kali ini, DUN Tanjung Batu membuka lapan saluran mengundi dengan 30 peti undi diterima, manakala, sebanyak 189 kertas undi dikeluarkan dan tujuh kertas undi ditolak.
Tanjung Batu mempunyai sejumlah 14, 876 pengundi berdaftar.
Keputusan rasmi diumumkan Pegawai Pengurus Pilihanraya DUN Tanjung Batu, Vaea Sarima.
Terdahulu, Andi hadir membuang undi di SK Tanjung Batu Keramat bersama isterinya, Annie Foo sekitar jam 8.30 pagi tadi.
Discussion about this post