Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat cuba mempertahankan DAP dengan menyalahkan bekas Perdana Menteri ke-7 Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana bantuan dan subsidi ketika pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan dimansuh dan ditolak.
Namun, bekas Perdana Menteri ke-6 Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan kenyataan Anwar itu yang menggunakan kenyataan dari bekas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
“Anwar cuba pertahankan DAP dengan salahkan Tun M kenapa bantuan dan subsidi masa kerajaan PH dahulu banyak dipotong atau dimansuh.
“Tapi gambar yang saya tengok di sebelah kanan itu bukan Tun M pulak,” soal Najib menerusi catatan di akaun Facebook beliau.
Sebelum ini media melaporkan, Najib berkata kerajaan Pakatan Harapan perlu menerima hakikat bahawa polisi mereka telah menukar hala tuju ekonomi negara menjadi lebih teruk.
Keadaan itu, jelas beliau, mengakibatkan rakyat terpaksa ‘berkorban’ ekoran kenyataan Guan Eng yang mengatakan tidak ada lagi ‘habuan’ untuk rakyat memandangkan Belanjawan 2019 agak terhad.
Namun, kata Najib selama 9 tahun negara diuruskan di bawah kerajaan Barisan Nasional pimpinan beliau, rakyat tidak pernah diminta untuk berkorban.
“Ekonomi (pada zaman Barisan Nasional) semakin bertumbuh dan bantuan kepada rakyat semakin bertambah.
“Tiba-tiba apabila kerajaan PH mengambil alih dan mengubah polisi ekonomi Malaysia secara dasar, mereka mahu rakyat untuk bersedia berkorban,” sindir Najib.
Tambah beliau, kenyataan Lim yang mengaitkan ‘pengorbanan’ itu dengan hutang negara yang didakwa melebihi RM1 trilion adalah retorik semata-mata.
Discussion about this post