Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir meraikan majlis sambutan Tahun Baharu Cina, di Wisma MCA, hari ini.
Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Ketibaan mereka disambut meriah oleh Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong serta beberapa pemimpin parti lain.
Majlis dimulakan kira-kira pukul 9.40 pagi dengan tetamu menggaul ‘Yee Sang’ secara serentak sebagai simbolik sambutan perayaan tersebut.
Kehadiran Anwar adalah pertama kali selepas hampir 25 tahun dengan kali terakhir Perdana Menteri menghadiri majlis berkenaan adalah ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, sebelum dipecat daripada jawatan itu pada 1998.
Dalam majlis itu, Anwar, isteri dan Ahmad Zahid turut dijemput menerima buah limau daripada Ka Siong sebagai satu simbolik tanda kemakmuran, kestabilan dan kesejahteraan.
Selain itu, majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa pimpinan parti politik dan anggota Kabinet Kerajaan Perladuan disertai persembahan tarian singa dan nyanyian.
Discussion about this post