Apakah motif laporan siasatan terhadap Hakim Mohd Nazlan mahu didedahkan di parlimen, soal Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau juga mempersoalkan adakah dokumen yang akan didedahkan tersebut sama seperti yang pernah dibocorkan oleh Raja Petra Kamaruddin pada 18 Ogos 2022 lalu.
“Banyak pihak termasuk UMNO mendesak agar SPRM mengesahkan ketulenan laporan yang bocor itu.
“Itu sahaja yang dituntut. Ramai yang sudah baca laporan yang bocor itu,” kata Puad menerusi hantaran di Facebooknya.
Terdahulu, UMNO menuntut penjelasan sama ada dokumen bocor yang didakwa sebagai kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Nazlan.
Pada Mei tahun 2022, Jabatan Peguam Negara juga mengesahkan telah menerima dan sedang meneliti kertas siasatan melibatkan dakwaan wang RM1 juta dalam akaun Nazlan yang tidak dapat dijelaskan.
“Apa yang rakyat mahu tahu ialah apakah dokumen itu sudah diterima oleh Peguam Negara. Dokumen yang bocor itu menyatakan wujud salah laku.
“Soalnya, kenapa tidak ada pendakwaan?,” tambah Puad lagi.
Discussion about this post