AsiaTimes jahat apabila sengaja menggunakan logik masuk penjara itu sebagai bahan cerita yang di ‘spin’ untuk buat cerita panas bodoh.
Tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi bagi menyelar tindakan media AsiaTimes yang sengaja menyalah ertikan maksud sebenar Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dengan menggunakan tajuk besar ‘Najib perlu masuk penjara, kata Tok Mat’ di portalnya.
“Logiklah apa Tok Mat kata. Najib perlu masuk penjara kalau dia mahu minta ‘pengampunan’.
“Isunya Najib tidak minta pengampunan. Najib mahu perbicaraan yang adil. Belum habis lagi,” kata Puad Zarkashi menerusi hantaran di posting Facebooknya.
Beliau mengatakan, AsiaTimes yang berpangkalan di Hong Kong menjadikan isu penjara itu sebagai bahan cerita yang panas dan menjadikan kononnya kenyataan tersebut dikeluarkan sendiri oleh Mohamad Hasan.
Dalam masa yang sama, adalah hal yang mustahil sekiranya Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak meminta pengampunan memandangkan perbicaraan beliau masih lagi berjalan termasuklah isu Hakim Nazlan yang mempunyai ‘conflict of interest’.
“Anwar memang minta pengampunan. Dia dalam penjara. Nak keluar kena minta ampun. Minta ampun bermakna mengaku salah. Najib mahu perbicaraan adil. Tidak minta ampun pun,” tambah Puad Zarkashi lagi.
Discussion about this post