Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN Comms), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah telah menyampaikan sumbangan Bantuan Sayangi Lenggong di beberapa kawasan sekitar bersempena Hari Raya Aidilfiti yang bakal menjelang yang dijalankan selama beberapa hari.
“Bantuan berupa wang tunai dan juga barang makanan ini disediakan bagi sama-sama meraikan 1 Syawal yang tiba tidak lama lagi,” kata Shamsul menerusi catatan di Facebooknya baru baru ini.
Antara kawasan yang menerima bantuan ini ialah RPT Air Pulau Lawin Lenggong, Kampung Malau Lenggong, Kampung Belum Lenggong, Kampung Rancangan Mewah beberapa tempat lagi.
Menurut Shamsul, program bantuan ini melibatkan 67 kampung dan juga cawangan yang melebihi 5,900 penerima pelbagai kategori.
“Sumbangan ini adalah sebahagian daripada 5900 penerima daripada seluruh kawasan Parlimen Lenggong,” kata Shamsul.
Turut memberi sokongan pada majlis bantuan tersebut ialah isteri Shamsul sendiri, Datin Seri Hamisah Husain dan pemimpin-pemimpian kawasan.
Untuk makluman, program bantuan raya ini adalah merupakan tradisi yang dilakukan oleh Shamsul untuk penduduk di kawasan Lenggong.
Discussion about this post