Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN Comms), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah meneruskan misi beliau membantu penduduk di kawasan Lenggong sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.
“Hari ini isteri saya mewakili saya menyampaikan Bantuan Sayangi Lenggong di Pekan Lenggong,” kata Shamsul menerusi catatan di Facebooknya.
Menurut Shamsul, bantuan kali ini juga memfokuskan kepada penduduk yang berstatus ibu tunggal, anak yatim, warga emas dan OKU.
Bantuan yang diwakili dan disampaikan oleh isteri beliau, Datin Seri Hamisah Husain melibatkan 111 orang penduduk di Pekan Lenggong.
Selain Datin Hamisah, kepimpinan UMNO Pekan Lenggong juga turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.
Untuk makluman, bantuan ini adalah sebahagian daripada 5,900 penerima daripada seluruh kawasan Parlimen Lenggong dan disampaikan secara berperingkat selama beberapa hari.
Discussion about this post