Dakwaan sekarang bukan masa yang sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) kononnya jumlah kes Covid-19 akan meningkat tidak tepat sama sekali.
Menurut Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN Comms), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah banyak negara sudah melaksanakannya tidak langsung berbangkit isu jangkitan Covid-19 meningkat.
“Banyak negara dah adakan pilihanraya. PRN Melaka dah selesai, PRN Sarawak pun okay sahaja, PRN Johor pun okay. Cuma Pejuang kalah teruklah,” sindir Shamsul menerusi posting di Facebooknya.
Perhimpunan Agung Khas UMNO (PAU) yang diadakan baru-baru ini telah mendapat sokongan sebulat suara dari ahli parti tersebut untuk membuat pemilihan parti 6 bulan selepas PRU diadakan.
Namun begitu Tun Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan media mengatakan sekarang merupakan masa yang tidak sesuai untuk mengadakan PRU kerana bimbang kes baharu Covid19 yang semakin meningkat.
“Mungkin sebab kalah teruk, itu agaknya Tun kata PRU15 belum sesuai lagi,” ujar Shamsul lagi.
Discussion about this post