Bekas Menteri Belia dan Sukan era 1770-an, Datuk Mokhtar Hashim meninggal dunia hari ini.
Pengesahan berita itu disahkan oleh isteri dan anak-anaknya. Jenazah allahyarham akan disembahyangkan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Allahyarham Mokhtar yang juga bekas Ahli Parlimen Tampin (BN) mendapat pendidikan awal di di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Pada tahun 1972 setelah memenangi kawasan parlimen Rembau-Tampin, Allahyarham dilantik sebagai Setiausaha Parlimen kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Datuk Hamzah Abu Samah.
Pada 12 November 1974, Allahyarham dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar.
Pada 1983, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman mati ke beliau atas tuduhan membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh yang juga Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Taha Talib.
Pada 10 Julai 1991 hukuman beliau diubah daripada hukuman gantung sampai mati kepada penjara seumur hidup selepas mendapat pengampunan diraja pada 10 Julai 1991.
Discussion about this post