Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) diluluskan di peringkat dasar pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Belanjawan, yang pertama dibentang di bawah kerajaan Perikatan Nasional itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju.
Belanjawan 2021 dibentang Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 Nov lepas dan seramai 82 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan yang berlangsung dari 9 Nov hingga 19 Nov.
Walaupu ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar (PH- Amanah) bangun meminta sesi belah bahagi atau pengundian tetapi permintaan beliau itu tidak mencukupi syarat iaitu mesti 15 ahli parlimen bangun bagi menyokong cadangan tersebut.
Dalam pada itu Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan beberapa penambahan kepada belanjawan 2021 petang ini yang diantaranya dibangkitkan oleh Ahli-ahli parlimen dari Barisan Nasional ketika berbahas tempoh hari.
Antara perkara yang telah disentuh olehnya adalah mengenai pemberian Moratorium, perluasan pengeluaran akaun 1 KWSP melalui i-lestari, penambahan inisiatif e-belia untuk pelajar IPT dan IPTS, pemberian one-off kepada semua petugas barisan hadapan serta tambahan dana RM 50 juta negeri Sabah di dalam usaha memerangi penularan pandemik covid-19 di negeri itu.
Mengikut Takwim Dewan Rakyat, ia kini akan dibahas di peringkat jawatankuasa selama 10 hari sebelum undi belah bahagian sekali lagi diadakan.
Discussion about this post