Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan Johor 2021 yang merangka 12 agenda utama khususnya dalam mendepani kesan pandemik Covid-19.
Perkembangan itu sekali gus menepis pelbagai dakwaan sidang DUN hari ini kecoh susulan perkembangan politik yang melanda tanah air sejak kebelakangan ini.
Belanjawan itu dibentangkan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad pada 26 November lalu.
Belanjawan Johor mengalami defisit sebanyak RM248.14 juta selepas merekodkan belanjawan lebihan 10 tahun berturut-turut sebelum ini.
Discussion about this post