Belum ada komponen parti mana untuk menggantikan kerusi yang ditinggalkan Parti Gerakan.
Jelas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dalam satu kenyataannya pada media apabila diaju mengenai calon yang diputuskan untuk kerusi yang kosong.
“Kita akan melihat semula komponen parti mana yang boleh mengambil tempat itu (ditandingi) untuk kita menangi kerusi itu,” katanya yang dipetik dari portal media.
Dalam usaha jentera BN Perak melakukan persediaan untuk berhadapan dengan Pilihan Raya umum ke 15, ketetapan untuk pembahagian kerusi di kawasan yang ditinggalkan Parti Gerakan pada PRU14 lalu belum lagi diputuskan.
Hal ini kerana, Saarani Mohamad menjelaskan Parti Gerakan merupakan parti yang berbilang bangsa maka pilihan perlu dibuat dengan sebaik mungkin.
Apabila ditanya mengenai saranan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk memberi peluang kepada Friends of BN untuk menjadi calon mewakili gabungan parti itu pada PRU15, Saarani Mohamad menjelaskan hal itu masih dalam peringkar kajian disamping memastikan calon yang dipilih adalah calon yang berpotensi memenangi kerusi yang ditanding.
“Apabila kita meletakkan calon, kita kena meletakkan calon yang boleh menarik undi dan kita menang di situ.
“Jadi kalau ada keperluan dan peluang untuk kita memenangi sesuatu kerusi, melalui Friends of BN, kita boleh meletakkan calon daripada Friends of BN, dengan syarat boleh menang,” tegasnya lagi.
Selain daripada BN Perak, jentera-jentera lain seperti BN, jentera Puteri UMNO, jentera Jelebu BN juga dalam persediaan untuk berhadapan dengan PRU15 bagi memastikan BN merentap kembali kemenangan dan mendapatkan kepercayaan daripada rakyat.
Discussion about this post