Pengerusi Barisan Nasional, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan kebimbangan beliau dengan kesulitan yang dihadapi rakyat yang berdepan dengan kemelut kewangan ketika negara masih dengan penularan wabak COVID-19.
Katanya kempen `Bendera Putih’ yang dibuat melalui media sosial itu merupakan inisiatif yang dicetuskan oleh netizen merupakan manifestasi kekecewaan rakyat kerana mendapati ramai hidup dalam kesulitan.
” Netizen Malaysia memang hebat. Kreativiti mereka tiada tolok bandingan, namun ada perbezaan pendapat mengenai kewajarannya.”
” Sebilangan menyokong, Sebilangan menganggap ia mengaibkan sesebuah keluarga, bagaimanapun terserah kepada penerimaan masing-masing tentang `Bendera Putih’.
” Mungkin pada mereka itu kaedah paling berkesan untuk dapat bantuan segera, mahu menunggu i-Citra dan moratorium automatik lambat lagi ‘ katanya melalui satu hantaran di laman facebooknya pagi ini.
Tambah Ahmad Zahid lagi beliau percaya bahawa anggota masyarakat perlu terus peka dengan persekitaran mereka dan mungkin ada berasa segan untuk menyatakan mereka dan keluarga mereka dalam kesusahan.
” Saya difahamkan banyak persatuan penduduk dan pengurusan surau di sesebuah kawasan mewujudkan grup Whatsapp untuk penduduk dan kariah.”
” Sampaikan pesanan kepada semua siapa memerlukan bantuan sila “private massage”. Supaya persatuan penduduk dan pengurusan surau dapat ikhtiarkan sesuatu untuk membantu, terutama bagi mereka yang sebelum ini tiada dalam senarai asnaf persatuan penduduk dan pengurusan surau
Doa antara kita dengan Allah dan doa perlu seiring dengan usaha. Bendera Putih mungkin antara usaha katanya lagi.
Discussion about this post