Semasa Tan Sri Muhyiddin di lantik sebagai Perdana Menteri, beliau diberi kebebasan untuk menjalankan urusan pentadbiran kerajaan Persekutuan tanpa campurtangan daripada parti-parti yang mendokong beliau menjadi Ketua Negara ketika itu meskipun ketika itu parti PPBM hanya minoriti di dalam gabungan antara parti-parti Kerajaan.
Barisan Nasional memberikan kepercayaan seluas-luasnya sehinggakan beliau boleh menentukan apa sahaja komposisi Menteri di dalam kabinet beliau ketika itu.
Perkara ini dilakukan atas niat, UMNO mahu menyelamatkan negara daripada pemerintahan Pakatan Harapan yang telah merosakkan ekonomi, sosial serta amalan perundangan secara kuku besi.
Ketika Muhyiddin mentadbir kerajaan, beliau telah beberapa kali mengenepikan semangat kongsi kuasa antara parti gabungan. UMNO banyak membantu dengan cadangan pelbagai jalan penyelesaian kepada permasalahan rakyat ketika itu. Namun, beliau mengambil kesempatan meracun pemikiran menteri-menteri UMNO supaya mengikut telunjuk beliau dan mengenepikan kehendak parti.
Malah, beliau sendiri telah melakukan banyak keputusan besar seperti pengisytiharan Darurat tanpa merujuk dan memohon persetujuan daripada parti-parti gabungan.
Begitu juga dengan sikap pentingkan diri sendiri Muhyiddin ketika di PRN Sabah, sehingga runtuh kerajaan negeri. Ini semua dilakukan secara bersendirian tanpa ada perbincangan dengan parti gabungan.
Kali ini beliau mendakwa mempunyai perjanjian ‘sulit’ dengan Perdana Menteri. Beliau telah meletakkan pelbagai syarat di mana YAB DS Ismail Sabri kena akur dengan syarat yang direka khusus untuk memastikan kewujudan Muhyiddin dan partinya terus terpelihara. Sekiranya syarat-syarat ini wujud, ianya akan membawa satu keadaan yang memudaratkan pentadbiran Negara. Muhyiddin Yassin sepatutnya menghormati kepercayaan dan sistem demokrasi negara tanpa ada rasa prejudis kepada keupayaan Perdana Menteri.
Oleh kerana track record Muhyiddin yang terus menerus mengambil keputusan besar tanpa melihat kepentingan rakyat, malah membawa kepada kemudaratan rakyat semasa menjadi Perdana Menteri, negara dalam keadaan bahaya sekiranya setiap perkara yang hendak dilakukan oleh Perdana Menteri mesti mendapat perkenan Muhyiddin.
Dalam keadaan ini, negara seharusnya mengadakan Pilihanraya secepat mungkin bagi memperoleh mandat baru, seterusnya mewujudkan keyakinan kepada sistem pentadbiran dan demokrasi negara.
Negara sudah mencapai Imuniti Berkelompok, janji Muhyiddin semasa menjadi Perdana Menteri kepada Istana, Pilihanraya akan dilakukan sebaik mencapai 80% vaksininasi. Hari ini, rakyat Malaysia sudah mempunyai Booster, tiada lagi alasan kononnya keputusan Pembubaran tidak menentingkan kesihatan rakyat.
Muhyddin Yassin sekali lagi meletakkan kepentingan diri sekira mahu melewat-lewatkan Pilihanraya, negara tiada kestabilan, ekonomi semakin meruncing disebabkan hilang keyakinan pelabur kerana ketidakstabilan politik. Muhyddin hanya akan bersetuju sekira beliau pasti kemenangan akan wujud kepada pihak beliau, biarpun rakyat sengsara, biarpun rakyat tidak cukup makan, selagi Muhyddin tidak yakin, beliau akan mencipta pelbagai alasan demi kepentingan mereka.
Razlan Rafii
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO
Discussion about this post