Terus berkhidmat dan berbakti kepada rakyat menjadi perkara yang utama buat Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah meskipun perlu berdepan dengan pelbagai cabaran.
Beliau berkata demikian susulan berlakunya perubahan landskap politik selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini namun itu tidak membolehkan pemimpin untuk berhenti berkhidmat kepada rakyat.
“Sebagai pemimpin kita mesti akui apa yang berlaku ada hikmahnya. Allah yang mengatur segalanya. Percaya dan yakinlah. Jangan sesekali lupakah Allah.
“Dan bila mandat telah rakyat berikan, maka berkhidmatlah. Jika kita bersama rakyat, rakyat akan bersama kita,” kata Shamsul dalam satu hantaran di Facebooknya.
Sehubungan itu, beliau sekali lagi menegaskan akan tetap berbakti kepada rakyat selagi mandat diberikan kepadanya.
Discussion about this post