Berbaki 3 hari lagi, penduduk di Melaka akan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan memilih wakil rakyat yang akan terus membela nasib mereka dan pada masa sama membentuk kerajaan negeri yang lebih stabil.
Sehubungan itu, Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menyeru semua jentera parti itu melipatkan ganda usaha demi memastikan BN terus menjadi pilihan utama pengundi di Melaka pada 20 Nov ini.
“Semua jentera BN diharap terus melipat gandakan usaha. Kita hanya tinggal 4 hari sahaja lagi. Ini fasa sangat penting.
“Melalui apa carapun pengundi mesti kita hubungi dan sampaikan mesej kita. Lakukan asalkan ianya tidak menyalahi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa,” katanya menerusi catatan terbaru di Facebook.
Shamsul turut mengingatkan agar semua kekal fokus melawan setiap tohmahan dan fitnah yang dilemparkan terhadap BN.
“Saya mohon semua jentera komunikasi dan penerangan parti pelbagai peringkat terus fokus.
“Kita teruskan kempen secara sihat dan menjawab semua isu yang disebarkan oleh parti lawan. Dan kita mesti bersedia dengan serangan saat akhir oleh parti lawan,” catatnya lagi.
UNDILAH BN
“KESTABILAN DEMI KEMAKMURAN”
Discussion about this post