Kerajaan Barisan Nasional (BN) terbukti telah banyak membawa pembangunan dan bantuan kepada rakyat.
Penasihat Barisan Nasional, Datuk Seri Mohd Najib Razak, berkata, apabila kerajaan BN berjanji untuk memberikan bantuan seperti Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M), ia juga mengotakan janji itu dan memberikannya kepada yang layak.
“Semasa pemerintahan BN juga, kita juga meluluskan projek pembinaan lebuh raya Pan Borneo di Sabah.
“Tetapi ia tertangguh selepas kerajaan selepas Barisan Nasional mengambil alih Sabah sejurus pilihanraya umum ke-14 tahun 2018 lepas,” tambahnya.
Jelasnya, ini tidak seharusnya berlaku kerana jaringan lebuh raya ini penting untuk perhubungan, ekonomi selain menjimatkan masa perjalanan.
Beliau berkata demikian pada Karnival Mesra Rakyat Bersama Bossku di Padang Bola Sepak Kampung Gum-Gum Sandakan, malam semalam.
Dalam pada itu, Najib melihat semangat luar biasa sambutan serta sokongan penduduk kepada Suhaimi mungkin sudah boleh di anggap satu petanda baik bagi calon BN di Gum-Gum ini memenangi pilihanraya pada 26 September ini.
Pada majlis itu, Datuk Seri Najib juga menyaksikan kemasukan 100 ahli Bebas Gum-Gum yang menyertai BN.
Beliau juga berharap rakyat bijak menilai pemimpin yang mampu membawa suara rakyat, adil, menepati janji dan sentiasa berada dikawasan.
Discussion about this post