Sekitar jam 9.23 Malam, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah berjaya memenangi Simple Majoriti dan boleh menubuhkan kerajaan negeri kata Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin sebentar tadi
Katanya Barisan Nasional dan rakan politik di dalam Gabungan Rakyat Sabah akan berbincang selepas ini untuk menentukan perkara-perkara lain
Barisan Nasional secara rasmi telah memenangi 15 kerusi daripada 41 yang ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 kali ini.
“Setakat 9.23 malam ini saya ingin memaklumkan bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah mendapat simple majoriti dan berjaya membentuk kerajaan baru.
“Saya selaku ketua BN Sabah ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh Rakyat Sabah yang ingin berubah daripada Kerajaan Warisan.
“Insya Allah GRS akan berbincang untuk menentukan hala tuju dan juga masalah-masalah lain dan kita akan memastikan kerajaan baru ini akan telus dan terus membela nasib rakyat Sabah.
“Terima kasih juga kepada seluruh jentera daripada UMNO dan rakan-rakan komponen yang lain yang telah berkampung di Sabah untuk membantu kami memenangkan calon BN.
“Saya cukup yakin kerajaan baru ini akan dapat kita wujudkan dengan semangat setiakawan dan akan membincangkan secara terperinci hala tuju ataupun ke arah mana kerajaan ini menyelesaikan masalah-masalah rakyat di masa akan datang.
Antara kerusi yang dimenangi:
1. Lamag
2. Sukau
3. Sg Manila
4. Sugut
5. Pantai Manis
6. Darau
7. Karambunai
8. Pantai Dalit
9. Tg Batu
10. Usukan
11. Tempasuk
12. Tanjung Keramat
13. Bengkoka
14. Balung
15. Sg Sibuga
Manakala setakat ini BN kalah di 10 kerusi iaitu:
1. Kuamut
2. Banggi
3. Sulabayan
4. Sekong
5. Pitas
6. Tungku
7. Bongawan
8. Kunak
9. Paginatan
10. Kemabong
Sementara 7 lagi kerusi masih belum mendapat kepastian dan ada yang undinya dikira balik
1. Sindumin
2. Lumadan
3. Telupid
4. Melalap
5. Gum-gum
6. Kukusan (kira semula)
7. Tg Aru
Berita Lanjut Menyusul ….
Discussion about this post