Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN Comms), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah telah mengadakan Program Ramadan bersama BNCOMMS untuk mengedarkan pek makanan berbuka puasa kepada penduduk PPR Kampung Hijrah Parlimen Petaling Jaya Selangor, semalam.
Pengedaran pek makanan berbuka puasa itu yang diedarkan sendiri oleh Shamsul dimulakan dari jam 5.00 petang dan habis diedar pada jam 6.00 petang.
“Saya bersama team BNCOMMS melaksanakan program ini. Program ini disusun oleh saudara Dazma Shah Daud, Setiausaha Komunikasi BN,” tulis Shamsul menerusi posting di Facebooknya.
Shamsul turut berkongsi gambar ketika program itu berlangsung dan ramai penduduk yang menerima pek makanan berbuka tersebut sesuai dengan tujuan program yang ingin berkongsi rezeki bersempena bulan Ramadan.
Turut hadir dalam program tersebut ialah Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya, YB Datuk Wira Mutalif Rahim, Setiausaha Politik kepada Presiden UMNO Malaysia, YB Datuk Halim Mohamad dan pimpinan penduduk PPR Kampung Hijrah PJ Selangor.
Discussion about this post