Kerajaan Barisan Nasional (BN) dari dahulu hingga kini sentiasa prihatin terhadap nasib warga Felda, termasuk dalam aspek perumahan.
Malah pelbagai program dilaksanakan untuk memastikan semua warga Felda dapat mendiami rumah yang selesa, termasuk juga kepada generasi kedua.
Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Muhammad Fadzli Hasan berkata, kerajaan BN sentiasa mengambil berat kebajikan dan kepentingan warga Felda, termasuk dalam aspek perumahan.
Beliau berkata, dalam Ikhtiar BN Johor yang dilancarkan semalam, cadangan daripada MBFM didengari BN, iaitu pemberian tanah lot untuk membina rumah bagi warga Felda.
“Malah setakat ini, sebanyak 4,201 lot tanah telah diberikan kepada warga Felda. Insya-Allah sebanyak 3,200 lagi sedang diusahakan.
“Kita lihat, cadangan ini lebih baik apabila kerajaan menyediakan tanah lot dan penerima membina kediaman mereka berbanding membina dan menjual rumah berkenaan kepada peneroka seperti yang dibuat sebelum ini,” katanya.
Menurutnya, kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan akan membantu membina dan menyediakan infrastruktur di kawasan berkenaan.
Katanya, keputusan kerajaan itu akan memberi manfaat yang besar kepada warga Felda di 70 tanah rancangan berkenaan di seluruh negara.
Discussion about this post