Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang telah bermesyuarat pada 3 Mac 2021 (Rabu). Bersetuju untuk BN terus menjadi suara semak dan imbang bagi pihak rakyat tentang perkhidmatan Kerajaan terutamanya dalam aspek dasar dan polisi yang berkepentingan rakyat.
Bagi tujuan tersebut beberapa Pasukan Khas (Task Force) dipersetujui untuk ditubuhkan dengan dianggotai oleh pakar, ahli akademik dan tokoh masyarakat sebagaimana berikut:
Ketua Pasukan Khas Pendidikan – YB Dato’ Seri Mahdzir Khalid
Ketua Pasukan Khas Ekonomi – Datuk Seri Johari Abdul Ghani
Ketua Pasukan Khas Demokrasi dan Perundangan – YB Dato’ Sri Azalina Othman Said
Ketua Pasukan Khas Perpaduan Nasional — Tuan Mosinal @ Richard Kastum
Ketua Pasukan Khas Undi Automatik 18 tahun – Datuk Sivarraajh a/l Chandran
Sekian Untuk Makluman
Mohamad Sahfri Bin Ab Aziz
Setiausaha Eksekutif
17 Mac 2021
Discussion about this post