Memahami keluhan rakyat mengenai kesusahan untuk mencari kerja, Barisan Nasional (BN) mengambil inisiatif untuk membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak untuk orang ramai dengan menganjurkan BN Youth Job Fair pada 24 hingga 26 Jun ini.
Youth Job Fair yang telah dianjurkan sejak 2011 lagi akan diadakan di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) dengan penglibatan penuh daripada My Future Jobs, Perkeso, syarikat-syarikat GLC, agensi kerajaan dan Kementerian Sumber Manusia.
Dalam masa yang sama, tercetusnya inisiatif Youth Job Fair ini adalah kerana idea asal daripada Pengerusi BN sendiri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berikutan ramai anak muda yang terkesan dan kehilangan pekerjaan sewaktu berlakunya pandemik Covid19 sebelum ini.
Memetik kenyataan beliau dari portal media, Pengerusi Sekretariat Ekonomi Pemuda UMNO Datuk Mohd Lassim Burhan menyatakan Youth Job Fair turut mendapat sokongan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dan diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.
“Inilah inisiatif BN menggabungkan pelbagai syarikat dan agensi bagi membantu anak muda mencari peluang pekerjaan yang baharu atau menambahbaik skill mereka”, katanya dalam kenyataan media.
Setakat ini, hampir 200 syarikat turun padang menyertai Youth Job Fair dan beliau mengharapkan lebih banyak lagi syarikat akan turut serta dalam membantu anak muda mendapatkan peluang pekerjaan.
Justeru, disarankan kepada sesiapa anak muda atau individu yang masih tiada pekerjaan atau hilang pekerjaan hadir ke Youth Job Fair nanti tambahan lagi tiada bayaran yang diperlukan bagi membuka langkah untuk menjadikan kehidupan yang lebih baik untuk diri sendiri atau keluarga.
Bagi sesiapa yang ingin merebut peluang ini, pra pendaftaran boleh dilakukan di laman sesawang http://www.bnjobfair.com
Discussion about this post