Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, calon-calon Pilihan Raya Negeri Sabah BN dan rakan sekutunya merupakan calon yang boleh menang yakin untuk ditandingi di kawasan-kawasan yang mereka tandingi.
Katanya, beliau juga sudah lama membuat penilaian dan tinjauan berkenaan calon ini.
Meskipun ada pihak berkecil hati, tetapi katanya, ini juga adalah norma baharu dengan tidak mengikut kuota berbanding sebelum ini tetapi yang boleh menang.
Beliau yang juga Calon BN bagi DUM Lamag berkata demikian selepas menyampaikan ceramah di Pusat Daerah Mengundi Bukit Garam di Kinabatangan pada Ahad.
Pada pilihan raya kali ini, ia juga menyaksikan pertembungan 17 kerusi antara Barisan Nasional dan rakannya.
Dalam perkembangan lain, Bung berkata, banyak lagi usaha yang ingin dibawakan di kawasan Kinabatangan dan juga Sabah.
Justeru, pilihan rakyat adalah penentu kepada kesinambungan usaha ini.
Discussion about this post