Biarpun tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sudah memasuki hari keempat, namun Perikatan Nasional (PN) masih belum menamakan seorang calonnya sebagai Ketua Menteri jika mereka menang.
Perikatan Nasional dilaporkan masih lagi dibelenggu masalah menetapkan calon hingga ke saat akhir sebelum pengumuman dibuat.
Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata fokus PN kini untuk menang pada PRN dan kemudiannya memutuskan mengenai calon terbabit.
“Fokus Perikatan Nasional adalah untuk memenangi PRN ini, kemudian baru kita akan bincangkan.
“Perbincangan telah berlaku, ada idea mengenai siapa yang patut dinamakan. Tapi lebih baik ditunggu dahulu. Biarlah jadi misteri,” katanya lagi.
Wan Saiful berkata demikian di sidang media Perikatan Nasional sempena PRN Melaka, di Hang Tuah Jaya di sini, hari ini.
Discussion about this post