Walaupun Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dikatakan berbeza berbanding parti politik lain dan mahu membawa agenda baharu, hakikatnya mereka adalah barang recycle atau kitar semula Pakatan Harapan (PH).
Ini kerana terdapat pemimpin Muda lahir daripada PH dan aktivis masyarakat, kemudiannya membentuk parti politik baharu.
Rakyat akan mengulangi nasib malang seperti yang dilalui selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akibat terpedaya dengan helah jika masih mengundi Muda yang masih mengekalkan pemimpin kitar semula.
Muda dilihat menggunakan template sama, mereka datang letak calon dan label kononnya inilah pemimpin masa depan negara. Selepas itu, fokus kepada kumpulan tertentu dan tabur pelbagai janji.
Dengan pelbagai janji macam-macam, hapus tol, hapus PTPTN dan namun apa yang berlaku selepas menang tidak hirau apa yang berlaku, akhirnya rakyat merana.
Dan semua ini pernah berlaku pada 2018.
Jika dilihat sejarah, parti politik bertahan akan lama jika wujud setiakawan dan kompromi berbanding kumpulan diwujudkan oleh golongan mempunyai misi berbeza dan akhirnya berpecah kerana tiada kesatuan.
Inilah yang dibuktikan oleh Barisan Nasional (BN) meskipun sering kali dilemparkan pelbagai tuduhan supaya dibenci rakyat, namun hanya BN membuktikan berjaya membangunkan negara lebih 60 tahun atas semangat setiakawan.
UMNO juga dilihat banyak melakukan perubahan drastik termasuk dalam aspek peremajaan parti selepas melalui episod kekalahan PRU14.
Discussion about this post