Menampilkan muka baharu sebagai calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRN) Melaka dilihat sebagai salah satu usaha dalam meremajakan UMNO demi menyahut pembaharuan yang dikehendaki oleh akar umbi.
Itulah yang ditekankan oleh Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah apabila BN melihat ia sebagai satu strategi yang mampu seiring dengan situasi semasa dengan membawa perubahan di kawasan yang mereka tandingi.
“Mengambil kita situasi yang sudah berbeza dan cabaran yang semakin tidak sama.
“Langkah Barisan Nasional menampilkan muka baru yang bertenaga dan mempunyai wawasan serta idea baru mampu membawa perubahan atau pembaharuan di kawasan yang mereka wakili,” katanya dalam posting terbaru di Facebook.
Tambahnya dengan menampilkan calon-calon muda, ia sedikit sebanyak akan merancakkan lagi ekonomi Melaka dengan idea-idea yang lebih segar demi memastikan kesejahteraan rakyat di Melaka khususnya.
“Keadaan ini dengan sendirinya akan membangunkan Melaka demi kepentingan rakyat keseluruhannya,” ujarnya lagi.
Sehubungan itu, Shamsul menyeru semua pengundi di Melaka untuk menerima pembaharuan dengan yang diketengahkan BN dan pada masa yang sama menyokong calon muda.
“Saya mendoakan dan mengharap rakyat di Paya Rumput akan mengundi Datuk Rais Yassin calon NO 1 DUN Paya Rumput.
“Kita berkeyakinan beliau mampu melaksanakan tanggungjawab jika diberi mandat sebagai ADUN Paya Rumput,” katanya.
Discussion about this post