Tidak gentar atau takut untuk bersaing 6 penjuru walaupun mengetahui dirinya merupakan calon termuda ditampilkan Barisan Nasional (BN).
Itulah yang dilaungkan oleh Yilson Yanggun selepas BN menampilkan dirinya sebagai calon termuda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan bertanding bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tandek.
Yillson Yanggun, 23 tahun yang berasal dari Kampung Marak Parak itu berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan kepujian (Sains Politik) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Menyedari masih baru berkecimpung dalam bidang politik, namun dia sama sekali tidak merasa takut untuk merebut kerusi DUN Tandek yang dibarisi oleh calon veteran yang lebih berpengalaman daripadanya.
Bagi Yillson beliau yakin pencalonannya ini merupakan satu peluang dan batu loncatan baginya membuktikan kreadebiliti, kelebihan serta kebolehan belia membarisi kepimpinan demi kemajuan kawasan ditandingi.
“Walaupun masih muda, namun saya tidak menumpukan anak-anak muda sahaja, sebaliknya saya lebih tumpukan pembangunan di kawasan ini khususnya membawa perubahan yang semestinya diimpikan oleh masyarakat di sini.
“Sekiranya diberi peluang, saya akan manfaatkan sepenuhnya dan menumpukan pembangunan fizikal, ekonomi, peluang pekerjaan, kebajikan dan sebagainya demi kesejahteraan dan kemajuan kawasan ini,” katanya.
Calon Yillson Yanggun dicadangkan oleh Jadrye Jakiwa dan disokong oleh Lishman Leurince.
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bagi DUN Tandek dan DUN Bandau masing masing menyaksikan pertembungan enam penjuru, iaitu:
1) Parti Bersatu Sabah (PBS) – Hendrus Anding.
2) parti Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) – Padis Majingkin.
3) Barisan Nasional – Yillson Yanggun.
4) Parti BEBAS – Datuk Anita Baranting.
5) Parti Liberal Demokratik (LDP) – Liensin @ Danny Leinsin Limpakan.
6) Parti Cinta Sabah (PCS) – Andy Villson.
Discussion about this post