Labuan akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 17 Oktober sehingga 30 Oktober ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia berikutan peningkatan kes positif COVID-19 di Wilayah itu sejak akhir-akhir ini.
Perkara tersebut diputuskan pada didang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) susulan pembentangan dan cadangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan MKN Labuan mengenai peningkatan kes positif COVID-19 di Labuan.
Walaubagaimanapun semua aktiviti ekonomi termasuk industri dan perkilangan adalah dibenarkan.
Bagaimanapun Pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan, namun mereka yang ada kecemasan ataupun pekerja boleh mendapatkan kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Pengangkutan udara dibuka seperti biasa tetapi mereka yang ingin merentas negeri juga perlu mendapatkan kebenaran daripada PDRM.
Manakala, pengangkutan air seperti feri roro, feri ekspres dan bot laju dibenarkan setakat jam 6 petang dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan.
“Perkhidmatan pengangkutan air bagi Feri RoRo, Feri Ekspres dan Bot Laju dibenarkan beroperasi sehingga jam 6 petang sahaja dengan kapasiti terhad berdasarkan penjarakan fizikal dengan pengosongan tempat duduk di antara penumpang.
Bagaimanapun, kapal yang datang dari Sabah ke Labuan, anak kapalnya yang mendaftar keluar perlu dikuarantin wajib selama 14 hari tambahnya lagi
Discussion about this post