Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) bersama badan amal GoCare sekali lagi melancarkan program CNY CARE, dengan mengagihkan angpau kepada 1000 isi keluarga kurang bernaib baik di seluruh negara, dengan harapan mereka dapat merasai kegembiraan sempena perayaan Tahun Baru Cina ini.
CRSM telah menjalankan aktiviti seumpama ini sejak tahun 2007 lagi, dengan menyampaikan ‘bakul kasih sayang’ kepada keluarga-keluarga kurang bernaib baik menjelang sambutan Tahun Baru Cina. Lebih 5000 isi rumah telah mendapat manfaat setakat ini. Akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara pada 2020 serta musibah banjir di beberapa negeri pada awal 2021, dan bersempena dengan kempen kasih sayang #BeMYHero GoCare, CRSM mengambil keputusan menjadikan mangsa banjir sebagai penerima bakul kasih sayang bagi tahun 2021 ini.
Bagi memastikan golongan kurang bernasib baik tidak dilupakan, semua senarai nama keluarga penerima telah diteliti oleh CRSM di negeri-negeri berkenaan, termasuk Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Perlis, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan.
Aktiviti pengagihan ‘bakul kasih sayang’ ini merupakan salah satu acara kempen menderma di bawah kempen kasih sayang #BeMYHero GoCare. Setakat ini lebih RM200 ribu telah berjaya dikumpul dan diagihkan kepada golongan kurang bernasib baik serta mangsa-mangsa banjir. Juga diharapkan lebih banyak lagi syarikat korporat akan terus memberikan sokongan dengan menzahirkan keprihatinan melalui sumbangan barangan dan wang ringgit.
Dalam pada itu, GoCare turut mengadakan satu siri aktiviti mengutip derma, dan membantu pelbagai golongan melalui laman ‘crowdfunding’, termasuk untuk membantu mangsa banjir, golongan kurang bernasib baik, badan amal dan sebagainya. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.gocare.org.my, atau telefon 03-2203 3920.
-MCA online-
Discussion about this post