Pengerusi Barisan Nasional, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini sekali lagi membangkitkan keluh kesah rakyat berhubung pembaharuan cukai jalan bagi lesen kenderaan motor persendirian (LKM) dan lesen memandu kompeten (CDL) yang sebelum ini diberikan pengecualian.
Menurutnya dalam soal berkenaan perlu ada penyelarasan yang sebaiknya antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan juga pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan perkara berkenaan tidak membebankan rakyat khususnya pengguna jalan raya di negara ini.
“Kementerian Pengangkutan menerusi kenyataan media baru-baru ini memaklumkan cukai jalan bagi lesen LKM dan CDL diberikan pengecualian tulisnya di dalam satu hantaran Facebook semalam.
“Ia bermula 1 Februari 2021 sehingga 31 Mac 2021. Bagi urusan pengeluaran stiker cukai jalan, boleh dibuat di sesetengah pejabat pos. Bagi pejabat JPJ, urusan peribadi memperbaharui cukai jalan tidak dibenarkan. Aktiviti dibolehkan hanya bagi tujuan perdagangan beserta urusan lain sahaja. Pada hemat saya, tindakan ini bertujuan memudahkan rakyat sekaligus mengekang penularan Covid-19. Tidak mahu orang ramai berpusu-pusu ke pejabat JPJ,”
beliau menerima keluh resah rakyat yang keluar bekerja dengan memandu kenderaan sendiri aabila melalui sekatan jalan raya, segelintir anggota polis masih meminta ditunjukkan cukai jalan.
“Apabila diberitahu stiker cukai jalan tidak lagi dikeluarkan, alasan tidak diterima. Ada yang mendakwa diberikan ‘surat cinta’ (saman). Jika keluhan ini benar, perlu ada penyelarasan antara pihak JPJ dan PDRM.
“Saya akan membangkitkan perkara ini kepada rakan saya Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong. Apa pun ini menggambarkan BN peduli rintihan rakyat,” ujarnya
Discussion about this post