Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN Comms) Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah meminta agar Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap menggunakan fakta sekiranya ingin mengulas mengenai sesuatu.
“Apakah dia lupa. 22 bulan ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah yang dia menjadi Perdana Menteri (PM) juga menjadi punca Malaysia mengundur ke belakang,” kata Shamsul menerusi posting di Facebooknya baru-baru ini.
Shamsul berkata demikian bagi menyangkal kenyataan Tun Mahathir sebelum ini yang mendakwa status negara merudum teruk kerana dipimpin oleh seorang pemimpin korup.
Menurut Shamsul, antara punca Malaysia mengundur kebelakang ialah pembentukan ‘Council of Elders’ yang juga dikenali nama lain sebagai ‘Team of Eminent Persons’ yang gagal berfungsi dengan baik semasa pemerintahan Tun Mahathir.
“Tun Mahathir jugalah orang yang membatalkan pelbagai projek yang sepatutnya mampu membawa Malaysia jauh kehadapan.
“Rakyat Malaysia tidak akan lupa dengan pembatalan projek mega yang dilakukan Tun antaranya Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur (HSR) dan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL),” ujar Shamsul.
Shamsul juga memilih untuk tidak menyenaraikan lebih banyak lagi punca-punca yang dilakukan sewaktu pemerintahan Tun M yang mengakibatkan Malaysia menjadi mundur dan buruk dimata dunia.
“Banyak kalau ingin disenaraikan. Maka, Tun janganlah melepas tangan kerana Tun jugalah antara punca Malaysia jadi begini,” kata Shamsul lagi.
Discussion about this post