Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor, Isham Jalil menyelar Ahli Parlimen DAP, Tony Pua yang mengeluarkan kenyataan menteri tidak bijak dan beliau menyatakan kenyataan tersebut Tony tujukan pada partinya sendiri, PH.
“Tony, adakah awak bercakap mengenai 22 bulan pemerintahan ketika PH memerintah kita mempunyai menteri kurang bijak?” selar Isham di posting Facebooknya.
Dalam pada itu, Isham turut menyenaraikan isu-isu yang terjadi sewaktu PH memerintah Malaysia untuk membuktikan maksud kenyataan oleh Tony.
Isham menyentuh mengenai isu minum sesudu sawit yang terdahulu pernah disarankan oleh Teresa Kok untuk meminum satu sudu minyak sawit sehari bagi mengekalkan awet muda.
“Berbillion ikan kembung di laut tapi kenapa ikan masih mahal,” kata Isham yang mengulang kembali kenyataan menteri PH terdahulu, Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Sebelum ini, Salahuddin pernah mempersoalkan harga ikan yang mahal sedangkan terdapat lebih kurang 3billion ikan kembung di laut mengikut laporan statistik Jabatan Perikanan.
Selain itu, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang sebelum ini menjadi menteri dibawah pemerintahan PH pernah menyatakan untuk meminta nasihat Najib dalam membantu beliau untuk mengawal harga kenaikan barang ketika itu.
Isham berkata, kejayaan besar menukar kasut hitam pula merujuk kepada Dr Maszlee yang merasakan menukar kasut sekolah dari putih dan hitam adalah perubahan yang besar dilakukan pada sistem pendidikan negara sewaktu pemerintahan PH.
“Tak perlu kuarantin COVID, takkan nak masuk pelancong China dalam kandang lembu,” kenyataan ini pula dikeluarkan oleh Tun Mahathir sendiri yang ketika itu menjadi Perdana Menteri dalam pencegahan awal menghalang kemasukan wabak itu ke dalam negara.
Antara isu lain yang disentuh oleh Isham yang pernah berlaku sewaktu pemerintahan PH ialah, apabila ada menteri yang marah kerana Masjid Negara dan Masjid Putrajaya ditutup untuk pelancong luar setelah wabak Covid19 melanda negara, main game dalam office, dan memberitahu satu dunia bahawa Malaysia hanya cuma ada 5 jet pejuang yang boleh digunakan.
“SST akan kurangkan harga barang jadi lagi murah, dan manifesto bukan kitab suci,” ujar Isham lagi dalam menyenaraikan isu yang pernah hangat ketika Malaysia dipimpin oleh Kerajaan PH dan menteri-menteri parti tersebut.
Discussion about this post