Aplikasi MySejahtera adalah aplikasi yang dibangunkan untuk membantu kerajaan mengawal penularan wabak COVID-19.
Berdasarkan posting Facebook rasmi MySejahtera, aplikasi tersebut adalah selamat dan terlindung kerana tidak akan merekodkan data peribadi pengguna kecuali atas sukarela mereka.
Pihak MySejahtera juga menegaskan, data peribadi pengguna yang disimpan MySejahtera adalah digunakan bagi keperluan kesihatan mereka seperti imunisasi COVID-19, home assessment tool, dan pengesahan kontak.
“Data untuk program imunisasi COVID-19 kebangsaan adalah diuruskan oleh blok rantai melalui satu Vaccine Management System (VMS) yang menjamin keselamatan maklumat peribadi anda”, tulis pihak MySejahtera menerusi posting Facebooknya.
Pada masa yang sama, MySejahtera akan meminta akses yang tertentu seperti kamera untuk membolehkan pengguna mengimbas kod QR check-in bagi tujuan pengesanan kontak.
Askes lokasi pula digunakan untuk menentukan lokasi kawasan panas, dan lokasi fasiliti kesihatan yang berdekatan.
Tujuan pengumpulan data pula adalah untuk mengesan risiko pengguna sekiranya mempunyai hubungan rapat dengan kes positif COVID-19, keadaan kesihatan dan sejarah perjalanan pengguna.
Selain itu juga dapat memudahkan pengguna untuk berkomunikasi sekiranya mereka memerlukan perhatian lanjut daripada pegawai kesihatan.
Dalam masa yang sama, data pembeli yang dikongsikan oleh pengguna di aplikasi MySejahtera tidak akan digunakan selain dari tujuan yang dinyatakan oleh pihak MySejahtera.
Data mereka juga tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ke 3 atau dikongsikan ke tempat luar Malaysia kerana data peribadi disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi yang selaras dengan undang -undang berkaitan.
Discussion about this post