Isu Debat Perdana yang berlangsung di antara Datuk Seri Najin Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini masih lagi menjadi perbualan dalam kalangan ahli politik termasuklah Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang berpendapat Najib lebih peka dengan ekonomi semasa negara berbanding Anwar.
“Saya rasa beliau lebih peka kepada kehendak dan cabaran ekonomi sesama yang menuntut tindakan segara sebelum ekonomi dan rakyat bertambah parah,” kata Rahman melalui posting di Facebooknya.
Rahman berkata, Anwar yang datang berdebat sebagai pihak pembangkang pula hujahnya lebih kepada membangkang dan mengkritik setiap apa yang diusulkan oleh Najib tanpa memberi penyelesaian.
Selain itu, Rahman juga berpendapat Anwar yang lebih fokus untuk mengkritik sehingga melepaskan peluang untuk memberi naratif alternatif bagi tuntutan penyelesaian masalah yang segera untuk ekonomi negara masa kini.
“Setahu saya, forensik audit tidak pernah ditolak oleh Datuk Seri Najib Razak tetapi konsep itu lebih bersifat retrospektif (memandang kebelakang dan tidak proaktif) sedangkan beliau dapat mempersembahkan satu cadangan solusi yang tuntas kepada isu yang didebatkan malam ini,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, Rahman menekankan bahawa penyokong kedua belah pihak, rakyat yang menunjukkan sifat semangat professional yang tinggi serta proses demokrasi adalah matang dan perlu diraikan pada malam tersebut.
Discussion about this post