Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa beliau berdebat dengan hujah yang mempunyai ‘track record’ ketika Debat Perdana bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.
Najib menjelaskan, stastik perangkaan yang diambil daripada Jabatan Perangkaan Malaysia atau Department of Statistics Malaysia (DOSM) dapat menentukan perbezaan pendapatan antara kaya dan miskin.
“Sembilan tahun dibawah pimpinan Barisan Nasional (BN), angka tersebut semakin mengecil namun angka meningkat menjadi besar setelah dibawah pimpinan Pakatan Harapan (PH),” kata Najib.
Hal ini menunjukkan, dasar BN lebih adil kepada orang miskin dan juga pada golongan B40.
Menjawab persoalan mengenai masa depan Malaysia, Najib mengajukan projek infra rakyat perlu diteruskan kerana projek tersebut dapat menjana pendapatan berjuta ringgit.
“Projek infra rakyat seperti Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura dan Pan Borneo Highway boleh membangunkan ekonomi negara, untung kepada rakyat serta pekerjaan dapat disediakan dengan berjuta bilangannya.
Selain itu, Najib juga menyatakan saham yang pernah dicapai adalah paling tinggi dalam sejarah dunia sewaktu dibawah pimpinannya iaitu sebanyak RM13.3 bilion.
Dalam masa yang sama, Najib juga mengingatkan mengenai kepentingan kestabilan politik demi memajukan sesebuah negara.
“Saya nak sebut pentingnya kestabilan politik, jangan ulang semula 4 tahun lalu. 3 kali tukar kerajaan dan 3 kali tukar Perdana Menteri, tak mungkin rakyat ada keyakinan pada negara jika tiada kestabilan politik,” ujarnya lagi.
Discussion about this post